Kuala Lumpur – Naib Presiden MIC Dato’ T.Murugiah bertanding di Parlimen Teluk Intan. Perkara ini diumumkan oleh Presiden Barisan Nasional Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi malam semalam di PWTC. Pengumuman kerusi tersebut memang dijangka kerana T.Murugiah sudah pun mula berkerja dikawasan parlimen tersebut sejak 2019 lagi.

Mantan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, giat melakukan pelbagai aktiviti di Teluk Intan dan mula diterima oleh penduduk disana. ” saya telah pergi rumah ke rumah sejak 2019 bagi mengenali pengundi disini dan mengetahui keperluan dan permasalah mereka” katanya ketika ditemui disini. Saya yakin pengundi akan memilih saya dan Barisan Nasional demi kestabilan dan kemakmuran Teluk Intan”, tambah beliau.
Dato T.Murugiah bakal bertanding dengan calon DAP Nga Kor Ming penyandang kerusi tersebut dan juga calon daripada parti Perikatan Nasional, Pejuang, dan Bersatu.
Parlimen Teluk Intan terdiri daripada dua iaitu DUN N55 Pasir Bedamar dan N56 Changkat Jong. Terdapat 87,311 pengundi berdaftar dimana 40.7% daripadanya adalah Melayu, 40.1% Cina dan 18.6% India dan 0.6% lain-lain.