Bera- Perdana Menteri Caretaker Dato’ Seri Ismail Sabri menggambarkan sokongan kaum cina yang padu sebagai lambang keteguhan Keluarga Malaysia. Beliau dilihat teruja dengan kehadiran kaum cina yang membanjiri Dewan SRJK Cina Triang (2) bagi memeriahkan Majlis Muafakat Keluarga Malaysia Parlimen Bera.
Program ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Integrasi Nasional berjaya menarik kehadiran pelbagai kaum khususnya kaum Cina. Dato’ Seri Ismail Sabri merupakan Ahli Parlimen Bera untuk empat penggal berturut-turut.
Naib Presiden UMNO itu berkata,”kaum Cina adalah sebahagian penting keluarga besar Malaysia bukan sahaja di Parlimen Bera tetapi juga diseluruh Malaysia”. ” Perpaduan, keharmonian, kesejahteraaan inilah yang harus kita kekalkan sampai bila-bila”,katanya.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur diatas kejayaan program tersebut.