Teluk Intan – Seramai 1200 orang telah menghadiri majlis Jamuan Mesra Deepavali anjuran Penyelaras Parlimen P076 Teluk Intan Dato T.Murugiah. Beliau berkata sambutan yang diterima khususnya daripada kaum India amat menggalakkan dan luar biasa. ” Saya amat berterima kasih kepada penduduk setempat yang hadir dan mesrakan program ini”,katanya.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dijangka bertanding di Parlimen Teluk Intan sebagai calon Barisan Nasional. Ketika mengulas beliau berkata, beliau yakin dan percaya bahawa pengundi Teluk Intan akan memberi sokong kepada beliau. ” Ini kerana saya telah mula bertapak di Teluk Intan sejak tiga tahun yang lalu dan telah bertemu ramai orang bagi mengambil tahu permasalahan mereka serta pembangunan yang amat diperlukan oleh penduduk tempatan disini.

“Saya telah mengenal pasti tiga puluh inisiatif yang perlu dibuat disini dan dua belas daripadanya telah pun saya mulakan dan sedang dalam proses”. “Saya akan umumkan inisiatif saya ini dalam pelancaran manifesto P076 Parlimen Teluk Intan sejurus selepas hari penamaan calon dan saya pasti akan menunaikan janji-janji ini demi kepentingan penduduk Teluk Intan”katanya.
Dato T.Murugiah yang juga Naib Presiden MIC terkenal sebagai pemimpin turun padang yang sering menimbulkan isu-isu dan permasalahan rakyat yang sering menjadi kontrovesi ketika menjadi Timbalan Menteri menjaga potfolio Biro Pengaduan Awam (BPA) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian UMNO dan bekas Adun N56 Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, Timbalan Ketua Bahagian MCA Teluk Intan Kong Sin Chin, Ketua Bahagian MIC Teluk Intan, Narayanan Subrayan dan wakil-wakil daripada parti IPF, MyPPP dan Ngo tempatan.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 5 dan 19 November 2022 sebagai tarikh penamaan calon dan hari pengundian.