Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berkata Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU-15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun hadapan.
Mohamad berkata lagi, cuma Perdana Menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh PRU-15 akan diadakan.
Tambahnya lagi, Barisan Nasional perlu memastikan menang PRU-15 kerana pilihanraya kali ini akan menentukan soal hidup dan mati parti tersebut.
Beliau dalam pada itu menegaskan, BN telahpun membuat keputusan parti tersebut akan bersendirian dalam menghadapi PRU-15.
Menurutnya walaupun ada pihak yang berminat untuk bersama BN, namun parti itu agar jangan tergoda atau termakan pujuk rayu tersebut.