• Berita
  • English
  • செய்திகள்
  • 消息
  • Login
  • Register
Gerak Malaysia Banner
  • GM
  • Berita
  • English
  • செய்திகள்
  • 消息
  • Tempatan
  • Hiburan
  • Global
  • Politik
  • Sukan
  • Ekonomi
  • Kesihatan
No Result
View All Result
  • GM
  • Berita
  • English
  • செய்திகள்
  • 消息
  • Tempatan
  • Hiburan
  • Global
  • Politik
  • Sukan
  • Ekonomi
  • Kesihatan
No Result
View All Result
Gerak Malaysia Banner
No Result
View All Result
Home GM Politik

‘Taklimat Khas’ UMNO tumpu rancangan strategik

Berita Gerak Malaysia by Berita Gerak Malaysia
August 29, 2022
in Politik
Reading Time: 3 mins read
‘Taklimat Khas’ UMNO tumpu rancangan strategik
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Warna merah memenuhi Dewan Merdeka ketika pemimpin Umno memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur untuk perhimpunan khas Sabtu lalu.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memanggil ketua bahagian parti untuk taklimat khas bagi membincangkan “isu semasa”, di mana lebih 3,000 pemimpin hadir dengan pakaian merah terbaik mereka.

Apakah tujuan “taklimat khas” ini? Adakah ia hanya cubaan Zahid untuk menyusun barisan ahlinya sebagai persediaan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Atau adakah ia sesuatu yang lebih berani, seperti memastikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tahu siapa sebenarnya ketua?

Pertamanya, ia bagi menunjukkan kepada ahli bahawa pemimpin parti tidak melupakan “anak emas” Umno, Najib Razak, yang dihantar menjalani hukuman penjara selepas kalah dalam rayuan kes SRC International beliau.

Anak-anak bekas presiden Umno itu, Nizar dan Nooryana Najwa, diberi slot khas untuk berucap mengenai nasib bapa mereka, membuatkan hadirin menitiskan air mata.

“Kadang-kadang saya rasa dia sayangkan rakyat lebih daripada dia sayang kita. Mommy pernah cakap, Yana, rakyat, oksigen dia…Tetapi hari ini Daddy keseorangan,” kata Nooryana sambil menggenggam erat tali leher Najib di tangan kanannya semasa berucap.

Peguam Najib dalam kes 1MDB, Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim, yang firmanya digugurkan pada saat akhir rayuan SRC International, turut muncul memberikan penjelasan mereka mengenai prosiding itu kepada perwakilan.

Laungan “Bossku!” dan “Lawan Tetap Lawan” bergema di dalam dewan di antara dan semasa ucapan.

Perhimpunan itu juga boleh dilihat sebagai reaksi terhadap persoalan dibangkitkan seorang pemimpin Umno yang bercakap tanpa dinamakan kepada FMT sebelum ini, mengenai sikap pemimpin parti berdiam diri ketika Najib menghadapi pertarungan sukar dalam rayuan SRC Internationalnya.

Pemimpin itu memberitahu FMT bahawa “seluruh Umno mendiamkan diri”.

Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara meramalkan Umno akan menggunakan keputusan mahkamah ke atas Najib untuk kelebihannya, walau apa pun keputusannya.

“Jika Najib kalah dalam rayuannya, Umno akan menggunakan keputusan mahkamah untuk menghimpunkan semua ahlinya, mendakwa wujud penganiayaan politik dan meraih undi simpati. Jika dia menang, Umno akan menggunakan naratif pendakwaan Najib bermotifkan politik, dengan itu mengumpulkan sokongan bukan sahaja daripada ahlinya, tetapi juga pengundi.”

Zahid, yang merupakan sebahagian daripada “kluster mahkamah” Umno, turut menggunakan taklimat itu untuk sekali lagi menafikan dirinya mendesak PRU awal demi menyelamatkan diri.

“Kluster mahkamah” merujuk pemimpin utama Umno, termasuk Zahid dan Najib, sama ada sedang dibicarakan atau sudah disabitkan atas dakwaan jenayah seperti penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang.

Zahid dalam ucapannya pada taklimat itu berkata: “Saya masih percaya sistem kehakiman kita tidak menyebelahi sesiapa. Sesiapa yang mendakwa saya takut disabitkan kesalahan sebenarnya takut kepada saya. Mereka ini adalah kurang keyakinan dan takut dengan bayang-bayang sendiri.”

Katanya, desakan Umno untuk mengadakan PRU awal bukan perkara baharu dan parti itu sudah menggesa PRU diadakan sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat perebutan kuasa dalamannya.

Perwakilan kemudiannya membalas dengan laungan “bubar” (bubarkan Parlimen).

Perkara penting perhimpunan itu ialah peringatan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan naib presiden parti, bahawa Zahid masih mengetuai “tentera Umno”.

Perwakilan Umno turut memberi reaksi apabila Zahid menyebut nama Ismail dalam taklimat itu, menjadikan Dewan Merdeka gamat seketika apabila Zahid berkata, sungguhpun Ismail adalah naib presiden Umno, kerajaan hari ini bukan kerajaan BN.

Ismail tidak menghadiri taklimat khas presiden Umno kerana dilaporkan mempunyai atur cara lain di Pahang.

Beliau kemudiannya menyampaikan peringatan berhubung sifat kuasa berasaskan parti.

“Ingatlah bahawa kita semua di sini (mempunyai kuasa) bukan kerana kehebatan kita sendiri, tetapi kerana kekuatan parti kita. Ramai pemimpin nampak hebat, tetapi hakikatnya mereka berkuasa hanya kerana sokongan parti,” katanya.

Get real time update about this post categories directly on your device, subscribe now.

Unsubscribe
Previous Post

NASA lancar roket Artemis hari ini

Next Post

Tidak boleh terbangkan ‘Drone’ pada sambutan Hari Kebangsaan

Related Posts

Politik

Teka Teki Kerusi Khairy Terjawab

November 2, 2022
1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan
Berita

1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan

October 31, 2022
Tergempar – PRU-15 diadakan dalam tempoh sebulan dua?
Politik

Kabinet belum capai kata sepakat PRU tahun ini

September 22, 2022
Next Post
Tidak boleh terbangkan ‘Drone’ pada sambutan Hari Kebangsaan

Tidak boleh terbangkan 'Drone' pada sambutan Hari Kebangsaan

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Stay Connected

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Tergempar – Muhyiddin mohon bubarkan Parlimen?

Tergempar – Muhyiddin mohon bubarkan Parlimen?

August 11, 2021
Mesyuarat tergempar kabinet petang ini, PM letak jawatan?

Mesyuarat tergempar kabinet petang ini, PM letak jawatan?

August 14, 2021
PM menghadap Agong 12.30 tengah hari esok; Pengerusi SPR turut menghadap Agong 11.00 pagi; Mungkinkah Parlimen dibubarkan?

PM menghadap Agong 12.30 tengah hari esok; Pengerusi SPR turut menghadap Agong 11.00 pagi; Mungkinkah Parlimen dibubarkan?

August 15, 2021
Ku Li bakal PM? Najib ketuai Majlis Pemulihan Negara?

Ku Li bakal PM? Najib ketuai Majlis Pemulihan Negara?

August 16, 2021
Mengurangkan kadar kemiskinan antara agenda utama RMK12

Mengurangkan kadar kemiskinan antara agenda utama RMK12

1
Jogo Health sedia tawar rawatan percuma buat ayah wira negara Azizulhasni

Jogo Health sedia tawar rawatan percuma buat ayah wira negara Azizulhasni

0
RM10.3m distributed to kin of Covid-19 deceased so far

Muhyiddin sambut baik sokongan 31 ahli parlimen BN

0
செப்டம்பர் வரையில் தேசிய முன்னணியின் 31  நாடாளுமன்ற உறுப்பினர்கள் அரசாங்கத்தை ஆதரிப்பர்

செப்டம்பர் வரையில் தேசிய முன்னணியின் 31 நாடாளுமன்ற உறுப்பினர்கள் அரசாங்கத்தை ஆதரிப்பர்

0

Naib Presiden MIC Dato’ T.Murugiah bertanding di Parlimen 076 Teluk Intan

November 2, 2022

Teka Teki Kerusi Khairy Terjawab

November 2, 2022
Sokongan Kaum Cina Lambang Keteguhan Keluarga Malaysia – PM

Sokongan Kaum Cina Lambang Keteguhan Keluarga Malaysia – PM

November 1, 2022
1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan

1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan

October 31, 2022

Recent News

Naib Presiden MIC Dato’ T.Murugiah bertanding di Parlimen 076 Teluk Intan

November 2, 2022

Teka Teki Kerusi Khairy Terjawab

November 2, 2022
Sokongan Kaum Cina Lambang Keteguhan Keluarga Malaysia – PM

Sokongan Kaum Cina Lambang Keteguhan Keluarga Malaysia – PM

November 1, 2022
1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan

1200 orang bersama Dato T.Murugiah di Teluk Intan

October 31, 2022
Gerak Malaysia

Follow Us

Browse by Category

  • Antarabangsa
  • Berita
  • Ekonomi
  • English
  • Global
  • GM
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Kesihatan
  • Laporan Khas
  • Politik
  • Sukan
  • Tempatan
  • செய்திகள்
  • 消息

Contact Us

Email : my.gerakmalaysia@gmail.com

Recent News

Naib Presiden MIC Dato’ T.Murugiah bertanding di Parlimen 076 Teluk Intan

November 2, 2022

Teka Teki Kerusi Khairy Terjawab

November 2, 2022
  • Berita
  • English
  • செய்திகள்
  • 消息

Copyright © 2021 GERAK MALAYSIA. All Rights Reserved. Developed by 3thirds

Today: 1 Total: 1742371

No Result
View All Result
  • Login
  • Sign Up
  • GM
  • Berita
  • English
  • செய்திகள்
  • 消息
  • Tempatan
  • Hiburan
  • Global
  • Politik
  • Sukan
  • Ekonomi
  • Kesihatan

Copyright © 2021 GERAK MALAYSIA. All Rights Reserved. Developed by 3thirds

Today: 1 Total: 1742371

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Cookies Consent
We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept”, you consent to the use of ALL the cookies.
DeclineAccept
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
Necessary
Always Enabled
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
CookieDurationDescription
cookielawinfo-checkbox-advertisement1 yearThe cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Advertisement".
cookielawinfo-checkbox-analytics11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics".
cookielawinfo-checkbox-functional11 monthsThe cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional".
cookielawinfo-checkbox-necessary11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary".
cookielawinfo-checkbox-others11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other.
cookielawinfo-checkbox-performance11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance".
viewed_cookie_policy11 monthsThe cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data.
Functional
Functional cookies help to perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collect feedbacks, and other third-party features.
Performance
Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.
Analytics
Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.
Advertisement
Advertisement cookies are used to provide visitors with relevant ads and marketing campaigns. These cookies track visitors across websites and collect information to provide customized ads.
Others
Other uncategorized cookies are those that are being analyzed and have not been classified into a category as yet.
SAVE & ACCEPT
Powered by CookieYes Logo