KUALA LUMPUR, Jan 14: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,750.
Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Johor dan Pahang (masing-masing dua) serta Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,276 kes aktif dilaporkan, termasuk 198 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 93 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,292 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,798,917.