KUALA LUMPUR, Ogos 18: Sumber dalaman berkata Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang Di Pertuan Agong pada hari Khamis, esok.
Difahamkan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional akan menghadap dahulu Tuanku Agong, dan akan bergerak dari PWTC ke Istana Negara pada jam 10.00 pagi, diikuti oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional kemudian.
Perjumpaan ini dikatakan bagi Tuanku Baginda mengesahkan sendiri kesahihan surat akuan yang menyokong calon Perdana Menteri yang menerima sokongan majoriti.
Maka, ini mungkin tanda Naib Presiden Umno Dato’ Seri Ismail Sabri sudah menerima sokongan secukupnya untuk menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri yang ke-9.
Sama-sama kita nantikan perkembangan politik negara yang hampir menyentuh kemuncak penyelesaian kemelut yang sudah berpanjangan sekian lama.