KUALA LUMPUR, Ogos 14: Satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah hilang majoriti.
Sumber dalaman memberitahu, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.
Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.
“Selalunya menteri yang menghadiri mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber ketika dihubungi.
Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.
Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuah tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.
Adakah kemungkinan PM akan mengumumkan perletakan jawatan beliau petang ini? Kita nantikan bersama.